syukur pd ALLAH dgn rahmatnya menberi segulung diploma "DUNIA" pd mu ketika ini...genggam lah apa yg ada ditangan mu tika ini utk menambah lg koleksi "DUNIA"...tambahkan lg ijazah2 yg perlu untuk kau tawan "DUNIA" ini...sehingga "DUNIA" brada dibawah tapak kaki kau..tp kau harus juga SENTIASA bersedia agar kau tak menjadi hamba kepada "DUNIA"...
sesudah kau temui segala KEJAYAAN"DUNIA" nanti... jgn lupa pula untuk mencari ijazah AKHIRAT untuk kau imbangi dgn kejayaan "DUNIA"....
mudah2an ALLAH bersama mu dalam "KEMBARA" ini...amin
Wednesday, November 24, 2010
unisel vs univercity of life
Di goreng oleh 44283336566607 pade time 7:18 PM 0 comments
Tuesday, November 23, 2010
Saturday, November 13, 2010
Yanx...pernah x kau tahu...
Yanx...pernah x kau tahu...aku sentiasa merindui mu..
Yanx...pernah x kau tahu...bila aku kesunyian hanya kau hadir dlm fantasi ku..
Yanx...pernah x kau tahu...setiap jejak langkah ku hanya kau destinasiku...
Yanx...pernah x kau tahu...ingin sekali aku bertentang mata dgn mu agar terlerai rindu ini..
Yanx...pernah x kau tahu...tiap kali kehangatan mentari bg ku itulah kehangatan senda gurau mu...
Yanx...pernah x kau tahu...dikala malam menjelma kerdipan bintang dikejauhan dgn warna bersinar itulah engkau hanya dari kejauhan aku melihat sinar mu..
Yanx...pernah x kau tahu...aku menjerit memanggil namamu dikala aku
merindui mu...
Yanx...pernah x kau tahu...aku merindui keNAKALanmu..aku merindui manja mu..aku merindui kelembutanmu dan kini aku MENCINTAI mu..
............................................. FATIN mie ATHIRA.............................................
Di goreng oleh 44283336566607 pade time 6:51 PM 0 comments
Pantun Langkawi..hahaha
Pi langkawi carik mahsuri..
Mahsuri sembunyi dlm peti..
Puas aku mencari..
Baru kini jumpa kekasih hati..
Di goreng oleh 44283336566607 pade time 6:16 PM 0 comments
Wednesday, November 10, 2010
Cinta Kristal.
Cinta aku macam kristal. Cintaku pada dia jernih, telus n lutsinar. Masa aku sorang2, xde teman, hanya dia jer y sanggup teman n mewarnai hidup aku y dah kosong ni. Tima kasih sangat2. Jangan la pergi dari aku ok. Aku perlu kan dia. Tapi ajal , maut semua di tanganNya. Kami hanya mampu berserah. Tapi, apa2 pun buat masa ni, saya bahagia dengan dia. Sebab kami suka gado2. Hahaha. END ~
Di goreng oleh 44283336566607 pade time 2:59 PM 0 comments
Monday, November 8, 2010
cara2 nk jalan2 kt atas ayaq dgn aqu..
SYARAT-SYARATNYA
1..kna drive dari tg.malim smpi penang..
2..pastikan keta dlm keadaan OK utk smpi kt tOl juru..
3..pastikan jgn pakai sut skuba sbb kita bukan nk menyelam cuma nk jenjalan jer kt atas ayaQ..
4..klau nk rasa lebih mencabar cuba parking keta kt tOl juru n trus brlari p kt butterworth pasti peluh akan kluar cuma 2 titik jer xpenat langsOng..
5..smpi kt butterworth trus naek feri..semasa feri brgerak atas ayaQ..brjalan lah puas2 atas ayaQ sebelOm feri smpi kt penang...
6..hadiah utk yg brjaya kna mkn TANDOORI tp bla da abis mkn mesti kna teriak kuat2...MESTIII MARIIII...
Di goreng oleh 44283336566607 pade time 5:40 PM 0 comments
Friday, November 5, 2010
Suara Kekasih.
I rindu you lah sayang. Cepatlah datang kemari.
Hehehehe. :)
Saya tunggu...............................
Di goreng oleh 44283336566607 pade time 5:42 PM 0 comments
Wednesday, November 3, 2010
LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SEHAT
Di goreng oleh 44283336566607 pade time 3:44 PM 0 comments
Isteriku Sayang
Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu. Sekiranya dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah suamimu itu dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.
Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula ia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah ia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
Kalau wanita ingin menjadi isteri yang baik, dipihak lelaki juga berhasrat memiliki wanita yang begitu. Mereka (para suami ) ingin benar punya isteri yang menyambut kepulangan dari tempat kerja dengan wajah yang manis dan ceria, senyum menawan, pakaian yang bersih dan wangi dan rumahtangga pula berada dalam keadaan bersih kemas dan terurus. Bila mata sedap memandang, tenang dan damailah hati suami.
Bukan itu saja suami juga bercita-cita memiliki seorang isteri yang boleh menjadi penghibur dirinya, boleh berkongsi masalah dengannya, faham apa yang disenangi, tahu mengambil hati suaminya disamping boleh memberi layanan-layanan yang menyenangkan dan mengembirakan suami. Itulah wanita idaman setiap lelaki. Pendek kata bagaimana lelaki akan dilayani oleh bidadari di syurga kelak begitu jugalah keinginan lelaki berhajatkan layanan dari seorang isteri seorang bidadari rumahtangga. Oleh sebab itu dikatakan rumahtangga yang bahagia itu ialah syurga tentulah ada bidadarinya. Siapa lagi kalau bukan isteri yang solehah yang layak menyandang gelaran bidadari dunia.
Isteri yang solehah akan berusaha memberi wajah jernih pada rumahtangga. Kasih sayang yang lahir adalah hasil dari masing-masing hendak mencari keridhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata- mata. Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama.
Isteri yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya rasa bangga dan bahagia kalau boleh melakukan tugas-tugas itu dengan baik dan sempurna. Gembira kerana yakin dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya."
"Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit."
"Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah."
Siapa yang tidak mau kemuliaan ini hanya dengan melakukan tugas yang ringan? Seorang isteri yang solehah akan sentiasa mencari-cari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk menyusahkan dan mencurigakan suami terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya. Maruah dirinya sebagai seorang isteri senantiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti.Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab."
Isteri solehah biasanya menjadi milik lelaki yang soleh. Tetapi ada juga ketikanya isteri solehah bersuamikan lelaki yang toleh (jahat). Bolehkan kedamaian dan keamanan wujud dalam rumahtangga bilamana suami kufur dengan Allah dan buruk akhlak terhadap isterinya?. Isteri yang menghadapi persoalan begini boleh tertekan jiwanya. Ada yang tidak sabar dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara lain untuk menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja dari suami.
Dalam hal sebegini, si isteri perlu banyak bersabar dan selalu bermunajat pada Allah. Ingatlah mungkin kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah s.w.t. Ada dua maksud Allah mendatangkan ujian yaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai penghapusan dosa dan keduanya untuk peningkatan darajat disisi Allah.
Jadi jika kita boleh bersabar maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu. Sebaliknya tidak mustahil juga itu merupakan peningkatan darjat dari Allah. Kalau tidak diuji, mungkin hati kita akan terpaut benar dengan suami, menyayangi suami lebih dari Allah. Jadi untuk melihat sama ada kita membesarkan suami atau membesarkan Allah maka Allah timpakan ujian itu. Kalau benar hati sayang dan takut pada Allah tentu isteri tidak teragak-agak untuk bertindak membesarkan dan menyayangi Allah daripada suaminya sendiri.
Ingatlah, sejahat-jahat suami kita, tidaklah dia lebih jahat daripada Firaun, sedangkan isteri Firaun, Siti Asiah boleh bersabar menghadapi kesombongan dan keangkuhan Firaun sehinggakan Siti Asiah disenaraikan oleh Allah termasuk di dalam barisan antara wanita-wanita solehah yang dijamin syurga.
Oleh itu kalau suami kita masih belum diberi petunjuk janganlah kita jemu untuk memujuk dan mentarbiah, berlaku baik dan paling penting mohon dan bermunajatlah kepada Allah agar Allah mengubah hatinya untuk tunduk pada perintahNya.
Di goreng oleh 44283336566607 pade time 3:41 PM 0 comments
Wanita Itu
Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang bila, sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.
Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukankah masanya telah tiba untuk solat?- tapi perdebatan itu telah tamat: tiada apa yang bolehdilakukan tapi mengikut wanita tersebut..
Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa ku dapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu –adakah ini khayalanku saja?- melambaiku lagi.
Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya?
Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong di mana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, senantiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.
Adakah wanita itu orang gila? Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.
Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku kan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.
Di dalam bilik bangunan kubur itu, ku dapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi..
“Kuncikan pintu itu,” kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik,
“dan bawakan kuncinya.” Aku akur.
“Buangkan kunci itu ke dalam perigi itu,” kata wanita itu
Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku.
“Pergilah buangkan,” ujar wanita itu sambil ketawa,
“tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku ke mari?” Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.
“Waktu maghrib sudah hampir selesai,” kata wanita itu bernada sedikit menyindir .
“Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?”
Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu
jatuh.
Perutku itu terasa bersimpul bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut, kemudian memahami nya.
“Tiba masanya untuk melihat aku.” kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya.
“Pandang aku sungguh-sungguh,” kata wanita itu lagi.
“Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah mendapatiku . Di dalam kuburmu. Mari. Mari. “
Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.
Di goreng oleh 44283336566607 pade time 3:37 PM 0 comments
Bhahaha !
Kepada Boyfriend anak aku,
Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastika...n ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesiapa.
Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..
Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.
Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?
Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”
Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.
Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.
Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.
Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.
Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.
Sekian.
Yg ditakuti,
Bapak Kepada Gf ko
Ha ha ha,,,
Salam Ukhuwah..~
Di goreng oleh 44283336566607 pade time 3:23 PM 0 comments